Tuesday, March 2, 2010

My Collection


Thursday, January 21, 2010

PAMP 1gm

PAMP SUISSE 1gm Oval Pendant - Rose Design (RARE)
Purity: Emas 999.9
Harga: RM 275 nett
Stok: 3 keping sahaja


PAMP SUISSE 1gm Lady Fortuna (RARE)
Purity: Emas 999.9
Harga: RM 250 nett
Stok: 5 keping sahaja

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijah

Selamat Menyambut Maal Hijrah, semoga mendapat keberkatan daripada Allah SWT atas apa yang kita lakukan di Tahun Baru Hijrah.
Download Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun... klik sini
Selamat berurusniaga emas

Friday, December 4, 2009

Maybank 999.9 Long Service Award

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Coin 999 Maybank Long Service Award untuk dijual
Ada engraving nama "Mohamad Abas"
Spec 10gm tapi timbang dapat 9.9gm mungkin pasal engraving tu
Harga RM1300 nett --> SOLD

Thursday, December 3, 2009

Used 916 For Sale

Harga @ RM120/gm
Call 014-2350241

1. Gelang Tangan - 17.19gm --> SOLD
2. Rantai - 32.14gm --> SOLD
3. Gelang Kaki Kanak2 - 5.98gm --> SOLD

Wednesday, November 25, 2009

Simpanan Dinar Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Melabur dengan Dinar Emas merupakan salah satu alternatif pelaburan yang baik kerana emas merupakan logam yang paling stabil nilainya di dunia. Sejak saya memulakan simpanan dengan Dinar Emas, saya lebih berhati-hati menggunakan wang untuk berbelanja, bukannya kedekut tetapi adalah lebih baik saya menyimpan lebihan wang untuk membeli Dinar daripada saya membazir tak tentu hala. Simpanan untuk anak-anak dan masa depan.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Antara kelebihan Dinar Emas:
1. Harganya agak murah dan mampu milik.
2. Bebas daripada inflasi.
3. Bebas daripada unsur riba'.
4. Sebagai alat transaksi pertukaran.
5. Sebagai simpanan dan pelaburan, pembayaran zakat, hadiah, maskahwin dan hantaran perkahwinan.

Di Malaysia ketika ini, Dinar Emas boleh didapati dalam 3 jenis:

1. Dinar Muslim edaran Nusantara Bullion Exchange.
** Boleh didapati dalam dominasi 1 Dinar, 2 Dinar dan 8 Dinar.

2. Public Dinar keluaran Public Fine Gold. (gambar credit jutawanemas.com)
** Boleh didapati dalam dominasi 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar.

3. Dinar Kelantan keluaran Permodalan Kelantan Berhad.
** Boleh didapati dalam dominasi 1/4 Dinar, 1/2 Dinar, 1 Dinar dan 2 Dinar.

Friday, November 20, 2009

Memiliki Emas Fizikal Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Emas fizikal pertama yang saya miliki ialah 2 keping 1 Dinar keluaran Public Fine Gold yang dibeli daripada Pokli (agen PG) pada 16/10/09. Sekeping 1 Dinar berharga RM520 pada masa itu. Nilainya sekarang pada -edited- 25/11/09 ialah RM590 bagi 1 Dinar. Jumlah kenaikan dalam tempoh sebulan lebih ialah sebanyak 11.86%. Syukur, Alhamdulillah.