Wednesday, November 25, 2009

Simpanan Dinar Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Melabur dengan Dinar Emas merupakan salah satu alternatif pelaburan yang baik kerana emas merupakan logam yang paling stabil nilainya di dunia. Sejak saya memulakan simpanan dengan Dinar Emas, saya lebih berhati-hati menggunakan wang untuk berbelanja, bukannya kedekut tetapi adalah lebih baik saya menyimpan lebihan wang untuk membeli Dinar daripada saya membazir tak tentu hala. Simpanan untuk anak-anak dan masa depan.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Antara kelebihan Dinar Emas:
1. Harganya agak murah dan mampu milik.
2. Bebas daripada inflasi.
3. Bebas daripada unsur riba'.
4. Sebagai alat transaksi pertukaran.
5. Sebagai simpanan dan pelaburan, pembayaran zakat, hadiah, maskahwin dan hantaran perkahwinan.

Di Malaysia ketika ini, Dinar Emas boleh didapati dalam 3 jenis:

1. Dinar Muslim edaran Nusantara Bullion Exchange.
** Boleh didapati dalam dominasi 1 Dinar, 2 Dinar dan 8 Dinar.

2. Public Dinar keluaran Public Fine Gold. (gambar credit jutawanemas.com)
** Boleh didapati dalam dominasi 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar.

3. Dinar Kelantan keluaran Permodalan Kelantan Berhad.
** Boleh didapati dalam dominasi 1/4 Dinar, 1/2 Dinar, 1 Dinar dan 2 Dinar.

0 Comments: